Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Mara Terus Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus menanggung kos perubatan Mohamad...

Isteri Hanya Ada 6...

Wanita ini, Kate Brandon, 33, amat terdesak. Dia hanya mempunyai masa kurang daripada...

Zika Di Singapura: Malaysia...

BALIK PULAU - Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara...

Makan Daging Sendiri Untuk...

Pernahkan anda bayangkan bagaimana rasanya daging manusia? Seorang lelaki memutuskan untuk memotong sedikit...

Pegawai Imigresen Terlibat Kemalangan Maut

SIBU – Seorang pegawai imigresen maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta Perodua MyVi dan sebuah Toyota Hilux berhampiran Jambatan Lebaan di Jalan Sibu – Tanjung Manis dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta Perodua MyVi dikenali sebagai Mohamad Hazlee Kiprawi, 34, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Bawang, Matu dalam Bahagian Mukah ke tempat kerja di Lapangan Terbang Sibu.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran secara berdepan dengan sebuah Toyota Hilux,” katanya.

Beliau berkata seorang penumpang wanita berusia dalam lingkungan 20 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut patah tangan kanan manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux pula masing-masing berusia dalam lingkungan 36 dan 50 tahun hanya cedera ringan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori