• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecat Penjawat Awam: Tindakan Kebudak-Budakan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk memecat semua pegawai tertinggi kerajaan yang tidak sehaluan sekiranya berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) disifatkan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai kebudak-budakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata sebagai pemimpin, kerajaan yang memerintah mesti bersikap adil dan saksama terhadap semua.

“Penjawat awam cuma menjalankan tugas mereka saja dan kita sebagai pemimpin, kita mesti berjiwa besar. Dahulu kata kalau (berjaya) perintah nak pecat 60 peratus penjawat awam dibuang…macam budak-budak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis penyerahan Padang Sintetik Rahang oleh Kementerian Belia dan Sukan yang diwakili Ketua Setiausaha Datuk Lokman Hakim Ali dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang diwakili Yang Dipertua MPS Datuk Abdul Halim Abd Latif.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PH Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semalam yang dipetik sebagai berkata langkah memecat pejawat awam yang tidak sehaluan dengan pembangkang selama ini merupakan perubahan pertama dilakukan sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan.

Di ALOR SETAR, Pemuda UMNO Kedah menyifatkan Mukhriz sebagai tidak matang berpolitik sekiranya benar dakwaannya untuk memecat semua pegawai tertinggi kerajaan jika PH memenangi PRU14.

Ketua Pemudanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata isu pemecatan itu tidak patut timbul kerana penjawat awam adalah mereka yang melaksanakan dasar kerajaan malah merupakan jentera utama kerajaan dengan sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah ketika ini.

“Mukhriz kena sedar perkara ini dan mereka tidak boleh disalahkan sekiranya patuh kepada prosedur dan dasar tertentu, ada penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan, tetapi kita (Barisan Nasional) tidak pernah memecat atau menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kita,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan seluruh penjawat awam menilai dengan waras watak sebenar yang ditonjolkan PH. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd