Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Harta Intelek Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan...

Kursus GiatMara Disesuaikan Dengan...

YAN - Kursus baharu yang ditawarkan di GiatMara di seluruh negara kini disesuaikan...

Pahang Sah Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan naib juara...

ASUM Akan Cadang Hanya...

KUALA LUMPUR - Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) akan memohon kepada Majlis Olimpik...

PBB Kutuk Pihak Bersenjata Enggan Hormati Gencatan

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya kegagalan semua pihak bersenjata terbabit menghentikan permusuhan serta tidak menghiraukan jaminan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Ghouta Timur di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke, dalam satu taklimat berkata misi menghantar bantuan kepada penduduk di Duma, Ghouta Timur telah dipendekkan susulan keganasan yang semakin meningkat serta kebimbangan keselamatan yang tidak terjamin.

Ia menggesa agar semua pihak terbabit dalam konflik melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2401 Majlis Keselamatan PBB yang mendesak permusuhan dihentikan segera, sekurang-kurangnya selama 30 hari berturut-turut di seluruh Syria.

PBB menuntut akses kemanusiaan yang tidak terbatas diberikan selain evakuasi perubatan tanpa syarat kepada mereka yang sakit tenat dan cedera parah.

Laerke berkata serangan udara serta pengeboman di Duma dan Damsyik berlanjutan selama beberapa jam ketika konvoi bantuan antara agensi menghantar makanan dan bekalan kesihatan serta nutrisi kepada 27,500 orang.

“Selepas kira-kira sembilan jam berada di dalam kawasan terbabit, satu keputusan telah dibuat untuk meninggalkan tempat berkenaan atas alasan keselamatan dan bagi mengelak menjejaskan pasukan bantuan kemanusiaan di lapangan.”

Akibatnya, 14 daripada 46 trak dalam konvoi itu tidak dapat memunggah sepenuhnya bekalan kemanusiaan kritikal.


Daripada 14 trak terbabit, empat hanya sempat dipunggah sebahagian isinya.

Menurut OCHA, pasukan itu mendapati situasi penduduk di Ghouta Timur begitu terdesak selepas berbulan-bulan terpaksa berdepan ketiadaan akses bagi bantuan kemanusiaan.

Mereka mendapati bekalan makanan untuk orang awam tidak mencukupi atau amat mahal dan mempunyai kadar malnutrisi yang tinggi.

Kali terakhir konvoi bantuan kemanusiaan sampai ke Duma ialah pada 15 Nov 2017. – BERNAMA

Kategori