• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patung Lelaki Kemaluan Besar Halau Hantu Janda

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung terpencil di Thailand menyebabkan penduduk lelaki yang ketakutan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur bagi mengelak menjadi mangsa hantu berkenaan.

Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu berkenaan.

Kampung mempunyai 90 penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur.

Penduduk percaya kampung mereka diganggu hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka bersamanya.

Selepas beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung berzakar besar berserta tulisan ‘tiada lelaki di sini’.

Penduduk percaya zakar besar adalah simbol kelelakian dan kekuatan yang menyebabkan hantu itu tertarik dengan patung berkenaan, bukannya manusia.

Kaum wanita yang bimbang memaksa suami mereka memakai pakaian perempuan dan bersolek sebelum tidur bagi menipu hantu berkenaan.

Penduduk mendakwa, ia dianggap berjaya kerana tiada seorangpun lelaki meninggal dunia sejak seminggu lalu.

Penduduk Nong Ayu, 68, berkata, semua orang takut dengan hantu janda itu dan ada khabar angin lelaki di kampung berhampiran turut menerima nasib sama.

“Tiada siapa tahu puncanya dan orang tua di kampung ini bimbang hantu itu akan membunuh remaja lelaki pula. Akhirnya tiada lagi lelaki di kampung ini,” katanya.

Lima lelaki yang masih sihat itu ditemui mati tidak lama selepas mandi dan tidur, sejak awal bulan ini. – Agensi/myMetro Online

Tags: HantuThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd