• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan SAR Masuk Ke Dalam Kapal Yang Terbalik

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pasukan penyelam akan memasuki kapal JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor di sini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih terperinci bagi menyelamatkan baki 14 orang lagi kru kapal korek pasir itu.

Semalam pasukan SAR menemukan empat orang kru terbabit termasuk seorang warga China yang meninggal dunia.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris berkata operasi yang lebih perinci itu melibatkan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bomba dan juga penyelam swasta yang dihantar oleh syarikat pemilik kapal terbabit,

“Dalam masa yang sama dua buah kapal penunda telah berada di lokasi kejadian bagi menarik kapal tersebut sekiranya operasi menyelam pagi ini berjaya dilakukan,” katanya kepada pemberita di lokasi Pos Kawalan SAR di Pantai Leka, dekat sini hari ini.

Kapal-kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin telah berada di lokasi kejadian sejak semalam bagi mematau keadaan.

Abu Bakar berkata sekiranya operasi pertama tidak berjaya, pasukan SAR akan melancar operasi kedua menarik kapal terbabit berdekatan dengan darat untuk memudahkan operasi menyelamat mangsa.

“Jarak antara lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima batu nautika dari darat dan tiga batu nautika dari kawasan cetek dijangka akan memudahkan lagi operasi menarik kapal berkenaan dan mengambil masa antara satu jam atau satu jam setengah tidak termasuk masa yang diambil oleh penyelam mengikat kapal terbabit ke kapal penunda,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada syarikat milik kapal tersebut dan juga daripada pihak kedutaan China.

Sementara itu, Komander Selam dan Peperangan, Periuk Api, Pengkalan TLDM Lumut, Perak, Kapten Tay Yeap Liong berkata TLDM telah menghantar dua pasukan penyelam yang terdiri daripada lapan orang penyelam bagi melakukan tinjauan dari luar kapal.

“Sekiranya keadaan selamat kita akan mula membuat operasi menyelam bagi menyelamatkan mangsa dan ianya dilakukan secara bergilir-gilir,” katanya.

Beliau berkata antara cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukan penyelam adalah kesukaran untuk membuka pintu kapal ekoran tekanan air dari luar dan dalam kapal.

Katanya oleh kerana kapal tersebut terbalik, anggota penyelam turut menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam kapal akibat halangan daripada objek terampung. – BERNAMA

Tags: Kapal Korekoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd