• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Bagan Datuk Lokasi Pertama JPB 2018

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018), yang bertujuan meningkatkan tahap pendidikan kaum Bumiputera, memulakan siri penjelajahan mereka di lokasi pertama iaitu di Parlimen Bagan Datuk hari ini.

Penjelajahan di lokasi pertama JPB 2018 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pagi ini.

Kira-kira 5,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari sekitar Bagan Datuk, Teluk Intan, dan Sabak Bernam mengunjungi lokasi pertama jelajah itu.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi membantu pelaksanaan JPB 2018 dalam usaha meramaikan lagi anak Melayu dan Bumiputera diberi peluang melangkah ke menara gading.

Lokasi kedua yang akan dijelajah oleh skuad JPB selepas ini ialah daerah Batu Kurau, Larut.

Sebanyak 32 lokasi dipilih dalam melaksanakan misi mencari, mengenal pasti dan membantu masyarakat Bumiputera bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat pendidikan tinggi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd