• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandu Kereta Keadaan Mabuk, Lelaki Didenda

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, tahun lepas.

Majistret Farah Adlini Mohd Din menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Kuan Weng, 37, setelah dia mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sebanyak 333mg dalam 100ml urin iaitu lebih 226 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 107mg alkohol dalam 100ml urin.

Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di Jalan Klang Lama, di sini, pada 3 pagi, 18 Nov 2017 mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM6,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Wong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Abdullah B Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pihak polis yang melakukan pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Klang Lama menahan tertuduh kerana dipercayai memandu kereta di bawah pengaruh alkohol. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: dendamabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd