• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pampasan Kes Pisau Potong Rumput Selepas Siasatan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pampasan daripada pihak kontraktor kepada keluarga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput hanya akan ditentukan selepas selesai siasatan pihak polis.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata ini bagi menentukan sama ada pihak kontraktor terbabit bertanggungjawab dalam kejadian itu atau sebaliknya.

“Ini di bawah tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bila siap siasatan, baru kita tahu siapakah yang perlu bertanggungjawab…saya tidak boleh jawab untuk pihak PDRM,” katanya menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai pampasan kepada keluarga mangsa.

Chong menambah pampasan insurans Takaful daripada kementerian sebanyak RM5,500 telah diberikan kepada keluarga mangsa pada 23 Februari lepas.

Beliau berkata kementeriannya juga telah mengeluarkan satu lagi surat peringatan berkenaan keselamatan murid di sekolah pada 28 Februari untuk semua pentadbir sekolah.

Katanya pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan sememangnya menyatakan semua kerja penyelenggaraan, termasuk memotong rumput, perlu dilaksanakan dalam suasana tiada murid sama ada sebelum atau selepas waktu sekolah.

Dalam kejadian pada 10.30 pagi 13 Februari lepas, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin pemotong rumput terpelanting dan terkena kepalanya, manakala dua pelajar lelaki mengalami kecederaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif...

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd