• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Ular Bomba Maut Akibat Bisa Tedung

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang juga penjinak ular terkenal Abu Zarin Hussin, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) tengah malam tadi.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata Abu Zarin yang juga dikenali sebagai Wira Penyelamat meninggal dunia 12.54 tengah malam selepas tiga hari berada dalam kritikal di hospital itu akibat dipatuk ular tedung.

“Jenazah dibawa pulang ke Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan jam 5 pagi ini oleh kenderaan bomba dan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan kampung halamannya itu sebelum zohor hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abu Zarin, 33, dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hoshas pada 13 Mac lalu dari Hospital Bentong selepas dipatuk ular tedung ketika cuba menangkap reptilia berbisa itu di Bentong.

Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra JBPM Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sudah beberapa kali dipatuk ular termasuk ular tedung selar, malah pernah koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung pada 2015.

Beliau juga pernah menyertai pertandingan Asia’s Got Talent tahun lalu tetapi gagal melangkah jauh apabila persembahan berbahaya dengan tedung selar gagal menarik perhatian ketiga-tiga juri. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Abu Zarin HussinBombaular tedung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd