• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Bigo Live, Natasha Menganggur Lebih 6 Bulan

oleh Haris
26/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI ghairah  di aplikasi Bigo Live yang pernah ditonjolkan dua selebriti tanah air, Natasha Elyzza dan Fathia Latiff  sememangnya tidak boleh dilupakan orang ramai.

Gara-gara video berkenaan, Natasha yang merupakan pelakon baharu dalam industri, mengakui sudah menganggur lebih enam bulan selepas sering digugurkan pihak produksi.

Malah, beberapa stesen televisyen juga menolak daripada mengambilnya berlakon ekoran insiden itu yang menyebabkan dia jarang membuat kemunculan di kaca televisyen kini.

“Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan.

“Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televisyen, ia mungkin disebabkan kontroversi tersebut,” katanya dipetik dari portal mStar Online.

Sekitar September tahun lalu, pelakon Kimchi Untuk Awak itu dan rakan aktresnya, Fathia menjadi perhatian netizen selepas video ghairah mereka menari secara langsung di aplikasi itu tersebar di internet.

Pada mulanya, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita tidak bertudung yang kelihatan seperti Fathia menari sakan, yang menyebabkan pelakon itu tampil mengaku wanita berkenaan adalah dirinya.

Selepas pengakuan itu, Fathia turut memohon maaf apabila dengan sengaja menunjukkan contoh tidak baik menerusi laman sosial tersebut yang tidak mencerminkan imejnya sebagai wanita berhijab.

Dalam pada itu, Natasha mengakui video berkenaan telah memberi impak negatif terhadap kariernya dan kini menyesal atas tindakannya serta turut menerima pengajaran bermakna daripada perkara yang terjadi.

Jelasnya, dia kini berharap diberi peluang kedua dalam industri lakonan tanah air memandangkan minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut.

“Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat.

“Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu,” ujarnya.

Mengulas mengenai status hubungannya bersama Fathia yang sebelum ini rapat, Natasha berkata kontroversi itu menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang namun bukanlah bergaduh.

“Kami tak bergaduh, cuma masing-masing buat hal sendiri lepas perkara itu menjadi kontroversi. Saya faham dia pun melalui fasa yang sukar selepas perkara itu berlaku,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bigo liveFathia LatiffNatasha Elyzza
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Datuk Abhy’ Umpan Beri Gaji Lumayan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Abhy’ diberkas polis di rumahnya di Kajang, Selangor semalam selepas disyaki terbabit...

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd