• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Singapura Suka Dakwah Live

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU tak dipecahkan ruyung manakan dapat saguya. Begitulah halnya dengan peminat ‘Dakwah Live’ dari Singapura yang bertandang ke Tv AlHijrah pada 6 Mac yang lalu, semata-mata untuk menonton siaran langsung ‘Dakwah Live’ yang ke udara setiap Isnin, Selasa dan Rabu, jam 9 hingga 10 malam.

“Banyak ilmu yang kita dapat daripada Dakwah Live” kata Puan Hadija Salawi, salah seorang daripada 5 orang Muslimah Singapura yang datang bersama-sama rombongan dari Masjid Bandar Permai Jaya, Johor Bahru itu.

Tertarik dengan topik-topik yang dibincangkan, ditambah pula dengan penampilan Ustaz dan Ustazah yang gah dalam ‘Dakwah Live’, menjadi alasan kuat untuk warga Kota Singa itu berada di studio Tv AlHijrah, Kuala Lumpur malam Selasa lepas.

“Kalau di Johor saya tengok live, di Singapura saya tonton melalui online”.

Tambah Puan Hadija yang berasal dari Woodland itu.

Mengakhiri perbualan bersama salah seorang kakitangan Unit Pengurusan Studio dan Penonton Tv Alhijrah, rombongan dari Singapura ini mengakui bahawa mereka akan menonton siaran ulangan ‘Dakwah Live’ sekiranya terlepas untuk mengikuti siaran langsungnya.

Minggu ke 5 ini, ‘Dakwah Live’ menampilkan topik-topik yang bertemakan ‘Persaudaraan dan kasih sayang’.

Seperti minggu- minggu yang lalu, ‘Dakwah Live’ masih mengekalkan hos-hos yang berkaliber, seperti, Datuk Dr. Izhar Ariff, Datuk Ustazah Norhafizah Musa, Dr. Nik Salida dan Ustaz Syed Norhisyam.

Selain daripada kumpulan penonton dari Johor Bahru, ‘Dakwah Live’ minggu ini juga diserikan dengan penonton-penonton dari Kapar, Klang dan Kota Tinggi, Johor. – Mynewshub.cc

Tags: TV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd