• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Gagak Laut Di Sandakan Tahan 66 Warga Asing

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Seramai 66 warga asing ditahan menerusi operasi bersepadu Op Gasak Laut di dua perkampungan atas air dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Mohd Hamin berkata warga asing berkenaan ditahan di Kampung Tabangka 1 dan Tabangka 2 atas kesalahan dokumen pengenalan diri dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963).

Katanya operasi yang bermula 8.30 pagi hingga 2 petang itu membabitkan pegawai dan anggota polis daerah ini dan dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Unit Tindakan Khas, Polis Marin, Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Operasi bersepadu itu bertujuan mencegah jenayah dan membanteras pendatang asing tanpa izin di kawasan pulau di daerah ini, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya seramai 79 orang diperiksa dalam operasi itu dan selepas proses dokumentasi, 66 warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sering menyalurkan maklumat dalam membantu pihak polis memerangi jenayah dan berharap kerjasama ini akan berterusan. – BERNAMA

Tags: Esscomwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd