• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Dhabitah Gagal Ke Final 3M Papan Anjal Wanita Di Jepun

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri tersingkir pada saingan separuh akhir acara 3m papan anjal wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun, hari ini.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org, penerjun berusia 19 tahun itu gagal ke final selepas hanya mencacatkan 288.75 mata untuk berada di kedudukan keempat daripada enam penerjun pada pusingan separuh akhir A.

Nur Dhabitah bermula dengan terjunan hambar apabila berada dikedudukan tercorot selepas terjunan pertama dengan 49.50 mata namun cuba melonjak ke kedudukan keempat pada terjunan kedua dan ketiga, masing-masing dengan catatan 69.75 mata dan 57.00 mata.

Usahanya untuk terus melayakkan diri ke saingan akhir tidak membuahkan hasil apabila sekali lagi beliau berada ditangga keenam pada terjunan keempat (48.00 mata).

Enam penerjun yang layak ke pusingan akhir adalah penerjun Australia, Anabelle Smith, Kristina Ilinykh (Rusia), Grace Reid (Great Britian), Pamela Ware (Kanada) serta dua penerjun China, Wang Han dan Shi Tiangmao.

Hanya tiga penerjun terbaik di peringkat separuh akhir A dan B layak ke pusingan akhir. – BERNAMA

Tags: nur dhabitah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gandingan Mun Yee-Nur Dhabitah Raih Gangsa

28/08/2018
0

JAKARTA - Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara 10 meter platform...

Mun Yee-Nur Dhabitah Tak Diduga Raih Gangsa

11/04/2018
0

GOLD COAST - Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri tidak menyangka dapat meraih pingat dalam acara 3m...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd