Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Megameet 2015 Luaskan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan menganjurkan Malaysia Megameet 2015 dalam usahanya untuk meningkatkan jumlah...

Dr. Mahathir Mulakan Lawatan...

TOKYO - Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja...

Lelaki Tikam Kepala Sendiri...

LONDON - Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas dia menikam kepalanya sendiri bertubi-tubi...

Jepun Dilanda Gelombang Haba

TOKYO – Gelombang haba di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih...

NRE Kaji Bentuk Imbuhan Untuk Penyelidik FRIM

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedang mengkaji bentuk imbuhan yang boleh diberikan kepada penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia bagi memastikan penyelidik di institusi tersebut terus menjalankan kajian dan penyelidikan serta membangunkan pelbagai produk inovatif hasil daripada kajian dan penemuan yang dijalankan.

“FRIM mempunyai lebih 200 saintis dan penyelidik, kita juga mempunyai pelbagai jenis ilmu serta pendapat (mengenai bidang ini). Itulah antara cadangan dalam undang-undang FRIM yang diluluskan dahulu.

“Setiap penyelidik yang penemuannya dikomersialkan, layak diberi imbuhan dan royalti yang sewajarnya, bukan sahaja kepada kerajaan dan FRIM,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut memaklumkan bahawa FRIM Inc. yang ditubuhkan pada Ogos 2017, telah memulakan urus niaga pada awal Disember tahun sama dan sudah menjalin kerjasama perniagaan dengan lebih daripada 10 syarikat bernilai lebih RM800,000.


“Penyelidikan getah merupakan antara contoh hasil aktiviti penyelidikan FRIM yang berjaya mengarusperdanakan getah sebagai sumber bahan mentah utama industri perabot yang penjualannya mencecah RM6.4 bilion pada 2014,” tambahnya.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai jumlah perjanjian persefahaman (MoU) yang telah dimeterai bersama syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan FRIM, Wan Junaidi berkata 13 MoU bernilai lebih RM500,000 telah dimeterai membabitkan 13 syarikat. – BERNAMA

Kategori