• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Niat Saya Hanya Untuk Menghiburkan Penonton”

oleh
17/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDATANG baharu, Aishah Azman menerima kecaman hebat gara-gara tariannya dalam sebuah muzik video, Havana versi Kelate disifatkan sebagai memalukan golongan wanita bertudung.

Rata-rata netizen mengutuk keras tindakan adik kepada Afiq Muiz itu yang dilihat jelas sekali mencemarkan imej positif golongan wanita Muslimah berhijab.

Pun begitu, pelakon berkenaan dikatakan enggan mengambil pusing terhadap tohmahan dan komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Aishah, dakwaan yang mengatakan dia telah mencemarkan imej wanita bertudung adalah tidak berasas sama sekali dan sesuatu yang melampau kerana penglibatan dalam klip video tersebut adalah sekadar suka-suka.

“Netizen terlampau obses dengan media sosial, sampaikan satu tahap mereka asyik mencari kesalahan atau membuka aib orang lain.

“Niat saya hanyalah untuk menghiburkan penonton yang menonton klip video itu menerusi elemen humor yang diterapkan, bukannya mahu menjatuhkan maruah sesiapa.

“Kebetulan, kami sama-sama sedang menjalani penggambaran drama Waliuddin 2 Ringgit untuk stesen TV2.

“Sebab itulah dalam klip itu turut ada kelibat Syafie Naswip yang juga pelakon utama drama tersebut,” jelas pelakon wanita itu dipetik sebuah portal online.

Sehubungan itu, Aishah menegaskan dia masih tetap dengan pendirian berpendapat tarian yang dipamerkan bukanlah sesuatu yang melampau malah masih lagi menjaga tata susila sebagai seorang perempuan.

“Bagi saya, tiada isu yang perlu dipanjangkan dan tidak terkesan dengan komen negatif ditinggalkan. Saya hanya tergelak sahaja dan cuba melupakannya,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Aishah Azman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aishah Azman Bimbang Dilabel Pelakon ‘Kayu’

27/08/2017
0

RASA-RASANYA pendatang baru dalam industri tanah air boleh disamakan dengan peribahasa 'cendawan tumbuh selepas hujan' baik dalam bidang lakonan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd