• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Enggan Komen Mahu Jumpa Mufti

oleh
05/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEELOFA atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 29, enggan mengulas berita yang mendakwa dia dan kedua orang tuanya merancang untuk berjumpa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, minggu ini.

“Saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini. Saya juga sudah tutup buku.

“Saya tidak mahu cakap sama ada betul atau salah, jadi atau tidak saya berjumpa dengan Mufti seperti yang tersebar itu kerana ingin meletakkan titik noktah pada semua ini,”  kata pelakon dan pengacara popular itu kepada Harian Metro.

Neelofa mengambil langkah untuk lebih fokus dan mengakhiri kontroversi tersebut.

Dalam masa yang sama dia akan berlepas ke Taiwan minggu ini atas urusan pengambaran sebuah jenama telefon selama empat hari di sana.

Neelofa juga enggan mengulas tentang babak mesra lakonannya bersama pelakon Zul Ariffin ketika penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang tular dan mendapat komen negatif netizen.

Sudah seminggu isu kontroversi majlis sambutan hari jadi Neelofa dan pelancaran koleksi terbaru Naelofar Hijab, Be Lofa di pusat hiburan di Kuala Lumpur yang dikecam netizen kerana dikatakan tidak bertepatan dengan tema Islam.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk beberapa Mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan dan nasihat kepada pelakon terbabit dengan harapan Neelofa menyedari perbuatan yang dilakukannya adalah berlawanan dengan kehendak Islam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: MuftiNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd