• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Rohingya Bukan Lagi Isu Domestik – PM

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata situasi di negeri Rakhine di Myanmar dan penderitaan etnik Rohingya dan perpindahan mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai isu domestik.

Masalah itu, tegasnya tidak harus dilihat daripada aspek kemanusiaan sahaja kerana ia berpotensi berkembang menjadi ancaman keselamatan yang serius terhadap rantau ini.

“Rakhine, yang ribuan penduduknya berasa kecewa dan putus asa dan melihat tiada harapan masa depan, boleh menjadi ‘tanah subur’ bagi radikalisasi dan direkrut oleh kumpulan-kumpulan sekutu Daesh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis penutupan Persidangan Pencegahan Keganasan yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di sini pada Sabtu.

Najib berkata Malaysia bersedia untuk bantu dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan, “sebagaimana langkah diambil Malaysia bekerjasama dengan jiran-jirannya dalam proses damai di selatan Filipina dan di selatan Thailand.

“Kita perlu berjaga-jaga dan meningkatkan kerjasama kita, kerana kejatuhan kawasan yang menjadi kubu Daesh di Iraq dan Syria telah memaksa kumpulan itu “melakukan gerakan bawah tanah” dan muncul di tempat lain, khususnya di zon-zon krisis yang akan membolehkan ia bertapak dan beroperasi.

“Kita perlu ambil iktibar daripada rampasan di Marawi dan perlu betul-betul bimbang akan hakikat bahawa sekurang-kurangnya 10 kumpulan militan di Mindanao telah mengikrarkan sokongan mereka kepada Daesh,” kata Najib.

Sidang kemuncak khas itu berlangsung selama dua hari bermula Sabtu. Sementara itu, Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi mengetuai delegasi negara itu pada sidang kemuncak ini.

Media antarabangsa melaporkan keganasan dilakukan pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya di negeri Rakhine merupakan yang terburuk dalam sejarah republik itu, dengan banyak etnik Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh dan sebahagiannya terperangkap di kawasan pergunungan tanpa bekalan asas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Litar Pintas Dipercayai Punca Kebakaran Stor IPFN

Next Post

Sherry Enggan Panjang Isu Resepsi Fattah, Fazura

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Sherry Enggan Panjang Isu Resepsi Fattah, Fazura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd