• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Marcote Akan Ditentukan KFA Minggu Depan

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan minggu hadapan bagi membincang dan memutuskan nasib Jurulatih Kedah, Ramon Marcote berhubung prestasi pasukan yang hambar musim ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, buat masa ini Marcote diminta membela diri dan memberi laporan penuh prestasi pasukan bimbingannya itu supaya sebarang keputusan yang diambil tidak berat sebelah dan adil bagi kedua belah pihak.

“Mesyuarat itu kita akan adakan secepat mungkin sebab ini penting memandangkan prestasi pasukan terumbang-ambing…dalam mesyuarat itu kita akan putuskan beberapa keputusan

Kita serius dalam hal ini dan jika ada tindakan yang drastik perlu kita buat, kita akan putuskan” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pam Air Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Wang Tepus, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zon Utara, Aizal Mazlan dan Eksekutif Kanan Jabatan Pembangunan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Helmi Mohamad Jusoh.

Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan Bukan Kerajaan Kedah berkata, prestasi yang tidak konsisten ditunjukkan Kedah setakat ini menyebabkan pasukan itu terlepas dua piala utama iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA serta jatuh ke kedudukan ketujuh dalam Liga Super sehingga mendapat kritikan peminat serta kelab penyokong Kedah.

“Saya juga telah bertemu dengan pihak penaja utama pasukan, Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew hari ini membincangkan hal tersebut sebelum ia dibawa ke dalam mesyuarat tersebut nanti,” katanya.

Menyentuh projek pam air berkenaan, sebanyak RM325,000 diperuntukkan oleh KKLW bagi membina pam air tersebut November tahun lepas dalam usaha menyelesaikan masalah tekanan air rendah membabitkan 83 buah keluarga di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Aminuddin OmarKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ansuran Bulanan RM50 Mangsa Tsunami Dimansuh

Next Post

Intan Terkejut Hubungan Didakwa Retak 2 Tahun Lalu

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Intan Terkejut Hubungan Didakwa Retak 2 Tahun Lalu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd