• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nanah Dalam Mata, Liza Kini Berehat Sebentar

oleh
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT mengalami bengkak di bahagian mata dan masalah kornea, pelakon Liza Abdullah terpaksa menjalani rawatan dengan segera sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Salam. Saya @naffizzolkefli wakil kepada ibu saya Liza Abdullah ucapkan berbanyak banyak terima kasih to uncle rezza, aunty ziela, ibu’s close relatives & friends for visiting. Alhamdulillah ibu is recovering well but still needs to be monitored from time to time. Sorry for those yang ibu belum sempat respond through comments, dms, text messages or tak angkat call sebab ibu masih perlu berehat. Ibu saya sampaikan salam dan ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang mengambil berat. Semoga Allah membalas jasa kalian. Amin. #Repost @shahrezza61 (@get_repost) ・・・ Assalamualaikum, Mari lah kita Sama Sama mendoakan agar Kak @lizza_abdullah segera sembuh dari keuzuran 👀mata yang agak serius… 🙏

A post shared by @ lizza_abdullah on Feb 28, 2018 at 4:21am PST

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Luruh jantung dibuatnya apabila dengar mereka (doktor) berbincang mengenai keadaan mata saya yang terjejas,” katanya dipetik daripada BH Online.

Pelakon berusia 54 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 27 Februari lalu dan ketika mendengar doktor berbincang tentang keadaan matanya itu, dia hanya mampu reda dengan apa yang akan terjadi.

“Kata mereka, kornea kanan semakin menipis dan ada nanah pada bahagian tepi mata saya. Doktor bimbang andai tidak dirawat segera, ia akan mengalami kerosakan teruk.

“Alhamdulillah, sebelum kornea mata bocor, doktor sudah pun menampal bahagian itu,” tambahnya lagi.

Namun, akibat rawatan itu, Liza mungkin akan mengalami sedikit gangguan penglihatan di mata kanannya yang kemungkinan akan menjadi tidak jelas akibat bengkak itu.

Bagaimanapun, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tetap berasa bersyukur kerana masih diberi peluang unttuk melihat kerana mata merupakan salah satunya aset baginya mencari rezeki dalam dunia seni.

Disebabkan kejadian itu, ibu kepada empat oramg cahaya mata itu akan sentiasa peka dan mengambilnya sebagai pengajaran supaya ianya tidak terjadi lagi.

“Sebenarnya, sudah lama saya mengalami sakit mata, tetapi mengambil mudah soal terbabit. Saya fikir, cukuplah sekadar letak ubat mata yang dijual di farmasi. Tetapi, apa yang saya buat itu salah.

“Sepatutnya saya perlu terus berjumpa pakar. Sepanjang hayat, pengalaman sakit mata ini benar-benar membuatkan saya takut. Semua ini berpunca daripada penggunaan kanta lekap terlalu lama.

“Kebersihan mata memang perlu dijaga. Kita tidak boleh menggosok mata sebarangan kerana ia akan memberikan iritasi pada bahagian berkenaan,” ujarnya lagi.

Ketika di wad, teman rapatnya, Datuk Shah Reza dan Datuk Ziela Jalil sering melawatnya bagi memberikan semangat supaya dia tetap tabah menghadapi ujian.

Dalam masa yang sama, dia turut terharu dan rasa masih disayaangi kerana masih ada lagi teman dan kenalan yang mengingatinya walaupun sedang dalam keadaan sakit.

Instastory milik anak perempuannya semalam.

“Dalam ditimpa dugaan tetapi tetap ada manisnya apabila ramai mendoakan agar saya kembali sihat sampai saya tidak terbalas setiap mesej dihantar.

“Saya bersyukur sangat kerana ramai prihatin dengan keadaan saya dan doakan saya cepat sembuh,” tambahnya.

Kini Liza sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis lalu tetapi masih lagi dalam tempoh berehat sebelum kembali bekerja kerana perlu memberi lebih perhatian dalam menjaga matanya itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: kornea mata nanahLiza AbdullahNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd