SEBUT sahaja tentang kecantikan, sememangnya ia cukup sinonim dengan golongan wanita.
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan dan sudah menjadi lumrah kaum hawa ingin tampil cantik bukan sahaja untuk pandangan orang lain tetapi juga kepuasan diri.
Namun pengalaman pahit yang ditempuhi seorang wanita dari Thailand ini mungkin boleh dijadikan menjadi pengajaran dalam kehidupannya.
Lapor Nextshark, Kanyarat Chaichan, 26, terpaksa menanggung malu selepas gambar sebelum dan selepas dia mendapatkan khidmat seorang artis tatu kurang berpengalaman menjadi tular di media sosial.
Gambar dirinya itu yang menunjukkan bahagian kening kelihatan tebal seperti watak kartun popular ‘Shin Chan’ turut dijadikan bahan jenaka netizen tempatan.
Lebih malangnya lagi, wanita itu dikatakan tidak mampu menampung bajet untuk membaiki semula bahagian keningnya itu.
Mujurlah seorang pakar kecantikan yang tersentuh dengan kejadian yang menimpanya telah bermurah hati untuk menanggung kos rawatan bernilai RM6,000 yang dijalankan di Surat Thani pada 21 Mac lalu.
Bagaimanapun Chaichan perlu menunggu selama enam bulan untuk melihat hasil rawatan laser tersebut benar-benar berjaya memudarkan kesan tatu itu.
“Saya suka dengan hasilnya dan bersyukur dengan rawatan yang dibuat. Saya rasa lebih baik sekarang dan nampak lebih cantik.
“Saya ingat saya akan hidup dengan kening begini sepanjang hidup. Sekarang, saya hanya perlu bersabar menunggu ia pulih,” katanya.
Sementara itu, netizen turut memuji kemulian hati pakar kecantikan itu yang sudi membantu membantu wanita malang itu tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Itulah sikap segelintir wanita, sudah ada kening cantik mahu diubah pula, akhirnya terus jadi lebih buruk. Apa-apa pun buat wanita Islam, mentatu kening adalah haram! – MYNEWSHUB.CC