• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Dua Pihak Lain Berjaya Batalkan Saman GANT1

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pihak lain berjaya dalam permohonan untuk membatalkan saman sivil yang difailkan terhadap mereka oleh 10 anggota Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) berkaitan penyelesaian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Kamardin Hashim, sebulat suara membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan tahun ini, yang menolak permohonan Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman itu.

Hakim Ahmadi yang mengetuai panel itu, berkata kesemua responden (GANT1) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman itu ke mahkamah bagi pihak rakyat Malaysia.

“Responden bukanlah pihak dalam pemberian award di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London antara 1MDB dan IPIC,” katanya.

Hakim juga berkata kerajaan Malaysia tidak boleh didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 4 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Pada 11 Julai tahun lepas, GANT1, diketuai Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil dan sembilan individu lain memfailkan saman itu terhadap Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Saman itu berhubung persetujuan dicapai di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London di antara 1MDB dengan IPIC berkaitan dakwaan 1MDB menerima bantuan bon US$3.5 bilion daripada IPIC dan subsidiarinya Aabar Investment PJS (Aabar Asli) bagi pembelian loji tenaga.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, anggota GANT1 mendakwa IPIC dan Aabar Asli, pada 14 Jun 2016, membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan US$6.5 bilion atas kegagalan 1MDB menunaikan kontrak itu.

Anggota GANT1 berkenaan, antara lain menuntut deklarasi bahawa persetujuan penyelesaian dan pemberian award yang ditandatangani di London adalah tidak sah dan batal.

Peguam Datuk Wira Hafarizam Harun, mewakili Najib, Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching bagi pihak Kerajaan Malaysia, peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili anggota GANT1.

Sementara itu Hafarizam yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata keputusan yang diperoleh hari ini adalah selaras dengan prinsip mahkamah dan ia bermakna bahawa kes ini secara tidak langsung telah dibuang oleh mahkamah.

“Untuk rekod kita telah ada tiga kes yang serupa secara asasnya dan ketiga-tiganya telah dibuang… jika tidak mempunyai locus standi maka tidak boleh bawa kes ke mahkamah, saya tunggu sama ada mereka (GANT1) akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakGANT1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah Haji Malaysia Istimewa – Imam Al-Sudais

Next Post

Nelayan Sifatkan Najib Sebagai ‘Pembela’

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Nelayan Sifatkan Najib Sebagai 'Pembela'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd