• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Contoh Terbaik Konsep Hubungan Ulama, Umara

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan contoh terbaik pemimpin yang sentiasa menekankan kepentingan hubungan ulama dan umara (pemimpin) sekali gus membantu menangkis fahaman ekstremisme di negara ini.

Pengerusi Persatuan Jemaah Pondok-Pondok Kedah, Sabri Osman berkata gabungan mantap antara golongan tersebut mampu menonjolkan kekuatan Islam selain menjadi benteng kepada anasir-anasir luar yang bertentangan dengan agama.

“Kerajaan hari ini sememangnya banyak memberikan perhatian kepada kepentingan pendidikan agama dan institusi agama memandangkan hari ini banyak perkara yang tidak kita ingini berlaku seperti kewujudan fahaman yang berlawanan.

“Sebab itu dengan adanya bantuan seperti institusi tahfiz dan pondok ini, kerajaan boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha memartabatkan lagi agama Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi perdana menteri bersama pelajar tahfiz di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah Pondok Tanjung Kapur di sini hari ini.

Katanya, pemerkasaan institusi tahfiz dan pondok melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) misalnya jelas membuktikan kerajaan sangat mengambil berat golongan agamawan di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata pendidikan agama di peringkat sekolah pondok sangat dekat di hati kerajaan dan ia akan tetap diangkat menjadi dasar dan agenda penting kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada ‘Kabel’ Dalam Agihan, Jualan Unit RUMAWIP

Next Post

Kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ Diteruskan Tahun Ini

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Kempen 'Masa Tanpa Gajet' Diteruskan Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd