GOMBAK – Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dilantik sebagai Profesor Adjung Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa hari ini.
Beliau menerima watikah pelantikan daripada Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin disaksikan para pelajar, ahli akademik, pengurusan tertinggi universiti serta beberapa duta-duta asing dari Jordan, Kuwait, Yaman, Turki dan Pakistan di sini hari ini.
Dr Zaleha berkata pemilihan Mustafar dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan.
“Terima kasih kepada Jabatan Imigresen kerana turut menjalankan kerjasama strategik dengan UIAM untuk bertukar kepakaran dan ilmu dalam menganjurkan seminar, persidangan serta simposium.,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Syarahan Perdana dan Penyerahan Pelantikan Profesor Adjung kepada Mustafar, di sini hari ini. – BERNAMA