• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Ini Didenda Jilat Mangkuk Tandas Sebab…..

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP orang pasti pernah melalui pengalaman semasa zaman persekolahan iaitu didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Lazimnya, kita akan didenda oleh guru dengan hukuman seperti dirotan atau berdiri di dalam bilik darjah, betul tak?

Biarpun ia bukan perkara yang disukai ramai pihak, tindakan merotan ini sebenarnya merupakan insentif untuk memperbetulkan sahsiah dan tingkah laku buat seseorang pelajar.

Namun harus diingat, ia kadangkala boleh menjadi terlalu ekstrem sekiranya tidak menggunakan kewarasan akal ketika memberikan hukuman.

Seperti baru-baru ini, media Indonesia telah dikejutkan dengan tindakan seorang guru yang menjatuhkan hukuman melampau lagi memalukan kepada salah seorang anak murid lelakinya.

Lapor Tribunnews, murid berkenaan dipaksa untuk menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali kerana tidak membawa kerja sekolah yang diberikan.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Sergei Begedai di Cempedak Lobang, Sumatera Utara, menyebabkan mangsa mengalami muntah teruk dan fobia dengan insiden itu.

Selepas mengetahui insiden itu, bapa mangsa membuat aduan di sekolah anaknya, tetapi guru berkenaan dikhabarkan hanya digantung tugas.

“Anak saya disuruh menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali. Selepas empat kali berbuat demikian, dia muntah,” kata ibu mangsa.

“Suami saya kemudian membuat aduan di sekolah dan berjumpa dengan guru terbabit. Saya marah dan sedih dengan apa yang berlaku, bukankah ada cara lain untuk menghukum?” katanya.

Menurut ibunya, mereka faham jika anak mereka didenda untuk mencuci tandas, tetapi guru terbabit mendenda anaknya menjilat mangkuk tandas, itu sudah melampaui batasan.

Pengetua sekolah berkenaan, Joni Walker Manik mengesahkan kejadian itu berlaku di sekolahnya dan guru terbabit telah dikenakan tindakan dan dipindahkan ke sekolah lain.

“Berdasarkan siasatan, guru terbabit mendenda mangsa kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Kami telah mengantung tugasnya sementaranya sebelum dipindah ke sekolah lain di Tebing Tinggi.

“Guru terbabit juga adalah manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kami bukan mempertahankan tindakannya. Kami memberi kaunseling dan gantung tugas di atas tindakannya itu,” kata Manik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dendaGuruIndonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd