• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Jangan Heret BN Isu Cambridge Analytica

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar tidak mengheret Barisan Nasional (BN) dalam kancah penggunaan khidmat syarikat penganalisis data, Cambridge Analytica.

Mahdzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata sepanjang menjadi anggota jawatankuasa badan perhubungan Umno negeri dari 2008 hingga 2013, perkara tersebut tidak pernah ditimbulkan dalam mana-mana mesyuarat.

“Seingat saya, tidak pernah ada mesyuarat mengenai penggunaan khidmat syarikat itu dan jika ada, mungkin dia (Mukhriz) guna untuk diri sendiri (semasa menjadi menteri besar Kedah).

“Sebab itu, jika ada apa-apa yang berbangkit, itu antara dia dengan Cambridge Analytica. Jangan bila dah lena, nak heret sama BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Turun Padang Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysua (KPM) ke Kulim-Bandar Baharu di sini, hari ini.

Semalam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan pernah menggunakan khidmat syarikat penganalisis data, Cambridge Analytica atau syarikat induknya, SCL Group bagi membantu kempen parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini menyebut firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia.

“Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah – pada masa kini atau masa lalu – telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidDatuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Untuk Parti Dominan Dalam PH, Semua Setara

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tiada keperluan bagi Pakatan...

J/kuasa Tapis Bekas Pemimpin UMNO Ambil Kira Pandangan Akar Umbi

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd