Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pasaran Saham Global Menjunam...

SINGAPURA - Pasaran saham global menjunam pada Jumaat, sekali gus mengakhiri prestasi baik...

Perdana Menteri Lancar Set...

PETALING JAYA - Set panduan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilancarkan hari ini...

MSM, Kerajaan Bincang Semak...

SHAH ALAM - Pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) melakukan...

Adele Tolak Tawaran Menyanyi...

KEBANYAKAN penyanyi terkenal berimpian untuk mendapatkan slot menghiburkan penonton pada waktu rehat separuh...

Mohd Arif-Mohd Azriyn Cipta Kejutan Ke Final Kejohanan

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu lelaki profesional negara, Mohd Arif Abdul Latif-Nur Mohd Azriyn Ayup mengejutkan beregu lelaki kebangsaan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mara ke final Kejohanan Badminton Kebangsaan 2018.

Mohd Arif-Mohd Azriyn memulakan perlawanan dengan baik apabila menang set pertama 21-17 namun tewas pada set kedua 18-21 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Pada set penentuan, Mohd Arif-Mohd Azriyn terus memberi tekanan kepada Ong-Teo untuk memenangi perlawanan dengan 21-11 dalam pertarungan selama 55 minit.

Mohd Arif yang kini beraksi bersama kelab Jepun, berkata beliau yang bergandingan semula dengan Mohd Azriyn memang berazam untuk meraih kejayaan di kejohanan berkenaan.

“Kali terakhir saya bergandingan dengan Azriyn pada 2015…ketika itu kami juara di kejohanan ini. Sasaran kami adalah untuk mengalahkan pemain kebangsaan di kejohanan ini.

“Walaupun menang, saya tidak nafikan mereka pencabar yang hebat. Perlawanan hari ini bukan mudah,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Menanti beliau adalah beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan Chooi Kah Ming-Low Juan Shen 21-13, 23-21.

Final perseorangan lelaki pula akan menyaksikan pertembungan dua pemain kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Lee Zii Jia.

Juara 2015, Iskandar Zulkarnain, bagaimanapun terpaksa berhempas setelah tewas set pertama 19-21, namun bangkit dalam dua set seterusnya 21-7, 21-12 mengalahkan pemain profesional, R. Satheishtharan.


Iskandar Zulkarnain berkata kekalahan set pertama tidak menjejaskan fokusnya untuk memenangi perlawanan meskipun Satheishtharan banyak melakukan serangan.

“Pada set pertama memang Satheishtharan melakukan serangan tetapi pada set kedua saya lihat beliau seperti berputus asa apabila saya bermain lebih pantas untuk mengelak beliau menampilkan serangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Zii Jia pula tidak berdepan masalah menewaskan pemain profesional, Chong Wei Feng dengan kemenangan straight set 21-9, 21-18.

Sementara itu pemain perseorangan wanita kebangsaan S. Kisona mengejutkan rakan sepasukan, Goh Jin Wei dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14.

Beliau akan bertemu Soniia Cheah yang menewaskan rakan sepasukannya, Lee Ying Ying dalam pertarungan sengit tiga set 14-21, 21-13, 21-16. Beregu wanita, Goh Yea Ching-Soong Fie Cho pula akan bertemu Chow Mei Kuan-Yao Cheng Wen.

Finalis beregu campuran adalah antara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. – BERNAMA

Kategori