• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Might Sumbang Jentera Pengumpul Jerami Padi

oleh AK-47
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (Might) hari ini menyumbangkan traktor dan mesin pembandela, untuk mengumpul jerami padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Pendang Selatan (PPKPS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sumbangan itu sebagai usaha membantu golongan petani meningkatkan pendapatan mereka secara tahunan menerusi jualan jerami padi yang dapat memanfaatkan hampir 30,000 petani di bawah PPKPS.

“Masalah pembakaran jerami padi juga dapat diatasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Free The Seed (FTS) Sdn Bhd yang merupakan pengeluar produk biodegradasi di sini hari ini.

Dalam lawatan itu Nancy turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian pembekalan jerami padi selama 10 tahun antara Pengarah FTS Hamsidi Shaharah dengan Pengerusi Anggota Jemaah Pengarah PPKPS Abdullah Mohamad.

Mengulas tentang perjanjian itu, Nancy berkata PPKPS dilantik FTS bagi mengumpul jerami padi di daerah Pendang Selatan dan jika terdapat keperluan ia boleh diperluaskan ke Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negeri ini.

Beliau berkata setiap gulung jerami itu FTS akan membayar antara RM130 hingga RM180 kepada PPKPS dan seterusnya dibayar kepada petani.

“Petani akan menjadi pembekal bahan mentah (jerami padi) untuk diproses menjadi produk biodegradasi (bekas pembungkus) dengan penggunaan teknologi bio di kilang FTS berkenaan.

“Produk biodegradasi bakal memberikan alternatif kepada produk berasaskan fosil selari dengan dasar teknologi hijau dan merupakan tunjang utama dalam aspirasi Tranformasi Nasonal 2050 (TN50) yang bakal mencorakkan pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FTS Prof Ramaness Parasuraman berkata jentera yang disumbangkan Might itu membolehkan pengumpulan jerami padi dilaksanakan dengan lebih efektif sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

”Sebelum ini proses pengumpulan jerami padi dilakukan dengan menyewa jentera dan mesin pembandela daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA) dan ia tidak mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy Shukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SOP Baharu Umrah Wajibkan Dos Penggalak

29/01/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perjalanan ibadah umrah yang akan...

Nancy Kempen Guna Bahasa Jawa

04/05/2018
0

SADONG JAYA - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Sadong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd