• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Berdepan Hukuman Lebih Berat Kematian Pelari Maraton

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang mekanik yang didakwa memandu secara berbahaya dalam insiden rempuhan tiga peserta larian Klang City International Marathon di sini pada Disember lepas, berdepan hukuman lebih berat berikutan kematian seorang daripada peserta itu awal bulan ini.

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, Majistret Roslizi Sulaiman membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz untuk meminda pertuduhan ke atas Teoh Thiam Lim, 28, selepas dimaklumkan bahawa peserta itu, Evelyn Ang Gek Suan, meninggal dunia pada 1 Mac lepas.

Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan pertuduhan pindaan itu terhadap Teoh iaitu dia didakwa memandu sebuah kereta Proton Iswara secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara membahayakan dan telah menyebabkan kematian kepada Ang, 44, di Batu 2, Jalan Kapar di sini kira-kira 4.30 pagi pada 10 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 serta lesen memandu digantung, jika sabit kesalahan.

Teoh bagaimanapun mengekalkan pengakuan tidak bersalah seperti semasa kali pertama dia dihadapkan ke mahkamah sama pada 20 Feb lepas.

Sebelum ini, Teoh didakwa memandu kereta Proton Iswara secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara berbahaya kepada orang awam di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Roslizi mengekalkan jumlah jaminan RM5,500 yang ditetapkan terhadap Teoh sebelum ini dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan sementara menunggu laporan bedah siasat serta penyerahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Ang meninggal dunia pada 1.13 pagi di Hospital Sungai Buloh selepas koma hampir tiga bulan akibat kecederaan teruk di kepala.

Dalam insiden itu, dua lagi peserta larian, Amiruddin Hamid, 37, dan Ahmad Hadafi Jus, 42, turut cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika acara maraton mengelilingi bandar ini berlangsung. – BERNAMA

Tags: atian Pelari Maraton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd