• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Agihan Kerusi BN Johor Tak Akan Berlaku

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Md Jais Sarday menolak kemungkinan akan berlaku masalah agihan kerusi antara UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata kesemua pengerusi parti sudah pun mencapai kesepakatan berhubung perkara terbabit dan tidak timbul isu mengenainya.

Malah, menurut Md Jais, soal agihan kerusi juga tidak dibincangkan lagi dalam mesyuarat BN Johor setakat ini.

“Kita masih berpegang pada agihan lama (agihan kerusi pada PRU13), setakat ini tidak ada pertukaran dan saya juga jangkakan tiada perubahan,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat BN Negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.

Md Jais, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri berkata kesiapsiagaan semua parti BN kini pada tahap lebih 90 peratus setelah mengambil kira kesefahaman mereka untuk mengadakan pelbagai program secara bersama.

Beliau juga berkata BN Johor akan mengadakan program gerak gempur di 20 kawasan Parlimen bulan ini bagi mendekati anak-anak muda dan program itu merupakan sebahagian daripada pendekatan BN Johor dalam PRU.

Menurut beliau, kawasan yang dipilih adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya kerana kawasan Parlimen itu jatuh kepada tangan pembangkang dan menang dengan majoriti tipis.

“Kita akan melakukan program ini bagi mendekatkan anak-anak muda dengan pemimpin setempat, parti dan sebagainya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Md Jais Sarday
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: Jangan Sabotaj, Sokong Calon – BN Johor

24/04/2018
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Md Jais Sarday meminta pemimpin yang tidak dipilih semula sebagai calon...

Jentera BN Johor Siap Sedia Hadapi PRU14

07/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Jentera Barisan Nasional (BN) Johor sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selaras pembubaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd