• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maria Farida Menang Saman, Peroleh RM400,000

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Maria Farida hari ini memperoleh ganti rugi berjumlah RM400,000 selepas berjaya dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap ahli perniagaan kosmetik dan anak perempuannya, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira kegagalan defendan iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar dan anaknya Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff, untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes saman berkenaan.

Mahkamah memerintahkan Hadijah membayar ganti rugi RM300,000 manakala Nur Shazleen RM100,000 selain mengarahkan dua beranak itu membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza selaku plaintif dalam kes saman itu.

Dalam penghakimannya, Wan Ahmad Farid berkata mahkamah juga mengambil kira kesan fitnah yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terhadap Maria Farida.

Katanya, kedua-dua defendan telah memuat naik kenyataan yang memfitnah pelakon itu dalam akaun Instagram milik mereka, yang mempunyai ramai pengikut.

“Defendan pertama (Hadijah) mempunyai 17,300 pengikut dalam Instagramnya manakala defendan kedua (Nur Shazleen) mempunyai lebih kurang 13,000 pengikut,” kata Wan Ahmad Farid.

Maria Farida yang diwakili peguam Tengku Haris Tengku Rostam tidak hadir pada prosiding hari ini manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Mahkamah mengeluarkan penghakiman penuh pada 7 November 2017 berikutan kegagalan kedua-dua defendan mematuhi arahan mahkamah termasuk tidak hadir pada prosiding perbicaraan yang ditetapkan pada tarikh sama (7 November).

Dalam penghakiman itu, mahkamah antara lain mengeluarkan perintah supaya kedua-dua defendan membuat permohonan maaf kepada plaintif dan isi kandungannya perlu dipersetujui oleh plaintif sebelum diterbitkan di semua media termasuk Berita Harian dan disiarkan menerusi akaun Facebook dan Instagram milik defendan.

Mahkamah juga membatalkan tuntutan balas difailkan Hadijah terhadap Maria Farida atas dakwaan pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah menerusi sebuah program hiburan pada 25 Oktober 2015.

Pada 6 November 2017, Wan Ahmad Farid telah membenarkan perintah komital yang dimohon oleh Maria Farida terhadap Hadijah atas kesalahan menghina mahkamah kerana mengingkari perintah injunksi bertarikh 2 Jun 2017 antara lain melarang defendan daripada membuat, mengeluarkan, menerbit, menyiar segala pernyataan terhadap Maria Farida.

Bagi kesalahan tersebut, Wan Ahmad Farid memerintahkan supaya Hadijah membayar denda RM30,000 dan jika gagal hendaklah dikomitkan (dihantar) ke penjara selama dua minggu.

Maria Farida, 48, menyaman Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazleen pada 30 Disember 2016 atas dakwaan mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap pelakon itu yang disiarkan menerusi Instagram, Facebook dan juga di akhbar Berita Harian.

Dalam pernyataan tuntutan, Maria Farida mendakwa beliau telah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berunsur penghinaan daripada Hadijah selain mendakwa gambarnya turut digunakan bagi tujuan mempromosikan produk KR Beauty Care milik Hadijah walaupun terdapat larangan untuk defendan pertama (Hadijah) berbuat demikian.

Akibat pernyataan berunsur fitnah itu, Maria Farida mendakwa reputasi dan kerjayanya sebagai pelakon telah tercemar. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes samanMaria Farida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Kenyataan Umum, Majistret Tegur Farid Kamil

Next Post

PH Jadi Kuda Tunggangan Mahathir

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

Next Post

PH Jadi Kuda Tunggangan Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd