Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Sindiket Besar Curi...

BANGKOK - Penangkapan Robin Hai atau Nyo Ah Hai, dalang utama kepada sindiket...

“Lapor Tindakan Harian, Bukan...

KUALA LUMPUR - "Saya bukan promosikan kabinet Kementerian Pertahanan, saya maklumkan tindakan harian....

Cuaca Panas Terburuk Pakistan,...

ISLAMABAD - Angka korban akibat gelombang panas ekstrem di seluruh Pakistan kini melepasi...

Hafiz Raih Kemenangan Sulung...

MD HAFIZ Nor Azman berjaya meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 setelah mengungguli...

Manifesto PH Berorentasi Populis – Yahya Hussin

PUTATAN – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan baru-baru ini lebih bersifat populis bertujuan mengelirukan rakyat.

Katanya manifesto itu bukan sahaja tidak logik dan tidak dapat praktikkan tetapi juga akan ditolak oleh rakyat Malaysia yang sememangnya tahu menilai yang terbaik untuk negara.

“Sebagai contoh, mereka mahu hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ini satu cubaan yang mengelirukan rakyat… di mana kita mahu dapat pendapatan besar untuk membantu kita mentadbir negara?Kutipan GST ini kita pulangkan kepada rakyat juga.

“Banyak janji mereka itu dalam manifesto berorentasikan populis, cuma buat orang suka (dengar) tetapi tidak dapat dilaksanakan. Ibarat menjanjikan madu tetapi beracun… Saya fikir, rakyat tidak semudah itu dikelirukan. Rakyat Malaysia rakyat yang bijak, masing-masing ada pengetahuan untuk mengetahui sama ada sesuatu perkara itu logik atau tidak,” katanya.

Yahya yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mensejahterakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan 2018 di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade.

Katanya ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak akan menjanjikan apa-apa kepada rakyat jika parti itu tidak mampu laksanakan.

Malah kata Yahya manifesto BN lebih menyeluruh dan spesifik kerana selain mempunyai manifesto nasional, BN juga mempunyai manifesto peringkat negeri, parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Mengenai manifesto BN pada pilihan raya umum ke-13, Yahya berkata sebahagian besarnya sudah dilaksanakan dan sedang dinikmati rakyat manakala yang lain sedang dalam pelaksanaan dan akan dilaksanakan

Sebagai contoh katanya pembinaan infrastruktur asas seperti jalan raya termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo, sedang dalam pelaksanaan.

Pada majlis itu Yahya menyampaikan elaun sara hidup kepada lebih 900 nelayan selain turut melancarkan projek melabuhkan tukun tiruan serta penyerahan bantuan kepada keluarga nelayan yang ditimpa musibah dan bencana alam. – BERNAMA

Kategori