Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sasar 60 Peratus...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyasarkan 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio...

PKR Tak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok...

Petugas SPR, Pihak Lain...

PORT DICKSON - Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Mohd...

Fahmi Dibenar Pindah Kes...

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes...

Manifesto Pembangkang Janji Bulan & Bintang, Tak Realistik

KAPIT – Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan semalam disifatkan sebagai ‘janji bulan dan bintang’ yang tidak realistik.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menegaskan perkara itu berkata, manifesto berkenaan diyakini tidak dapat ditunai dalam masa yang singkat sebagaimana yang didakwa dapat dilakukan oleh pembangkang.

“Takkan hari ini umum, esok dah laksanakan. Tak mungkin begitu. Biarlah benda yang (nak) kita buat itu benda yang realistik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mahdzir berkata ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membuat perancangan teliti bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun sebelum melaksanakannya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggembleng tenaga sejak sembilan tahun lalu sebaik sahaja menerajui pentadbiran negara dalam merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan yang dapat dilihat dan dinikmati rakyat pada masa ini.

“PM Najib melihat pembangunan di Sarawak ini dalam konteks pendidikan, dalam konteks kemudahan infrastruktur, bekalan elektrik, jalan raya, mengambil masa dari 2009 sejak menjadi perdana menteri. Sekarang 2018. Sudah sembilan tahun beliau telah gemblengkan tenaga untuk Sarawak, baru kita nampak pembangunan sedang rancak berjalan, ”katanya.


Beliau berkata pembangkang hanya berjanji tetapi tidak akan melakukan tindakan susulan ke atas apa yang dijanjikan mereka itu.

Mahdzir sebelum itu melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balleh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Balleh di sini untuk melihat keperluan dari segi fasiliti di kedua-dua sekolah tersebut.

Bagi SMK Balleh, katanya beliau mencadangkan pembinaan tenaga solar untuk kegunaan makmal di sekolah itu manakala SK Lepong Balleh menghadapi masalah kekurangan bilik darjah berikutan pertambahan murid selepas jumlah kelas Tahun Satu ditambah dari dua kepada tiga bermula tahun ini. – BERNAMA

Kategori