• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Pakatan Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu?

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang membaca sepintas lalu Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan mungkin terpesona dengan propaganda pembangkang kononnya mahu memartabatkan Raja-Raja Melayu.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, antaranya Pakatan Harapan mendakwa mahu mengalakkan universiti awam memperbanyak kajian mengenai kesultanan Melayu.

Tambah beliau, Pakatan Harapan berjanji Muzium di-Raja di Istana Negara lama akan dinaik taraf menjadi Muzium Pendidikan Kebangsaan bagi mengaktifkan kegiatan kajian, penerbitan dan pendidikan tentang Raja-Raja Melayu.

“Malangnya, jika kita meneliti dengan mendalam janji-janji lain yang terkandung di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini, akan nampaklah bagi sesiapa yang berfikir “keikhlasan” dan “kesungguhan” ini sebenarnya hanya alat kosmetik yang bertujuan melindungi maksud sebenar Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengemukakan beberapa kandungan manifesto PRU14 yang jelas mahu menghakis kuasa Raja-Raja Melayu terutama Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:

1) Janji 14 manifesto untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap. Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.

Walhal Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berbunyi: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.”

2) Janji 15 manifesto Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. Jabatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.

Walhal Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.

3) Janji 17 manifesto satu kuota akan diwujudkan untuk memastikan masyarakat sivil mempunyai wakil sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mestilah melalui proses perakuan oleh Parlimen.

Walhal Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: “Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.”

4) Janji 19 manifesto Pakatan Harapan keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan diputuskan Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Keputusan pelantikan yang dibuat oleh suruhanjaya ini akan dilaksanakan setelah merujuk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Bandingkan manifesto ini dengan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.”

5) Janji 26 manifesto Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM akan dilantik melalui proses jawatankuasa di Parlimen.

Bandingkan manifesto ini dengan Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang berbunyi: “Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri”, dan “Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan salah seorang daripada anggota yang dilantik di bawah Seksyen 5 menjadi Pengerusi Suruhanjaya.

6) Janji 16 manifesto jawatan-jawatan penting dalam negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia, mestilah disahkan oleh jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen.

Bandingkan dengan Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang disebutkan di atas.

“Mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu-kah semua janji yang terkandung di dalam Manifesto PRU14 Pakatan Harapan ini,” soal beliau. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Dr. Kamarul Zaman YusoffManifesto PHRaja-Raja Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

29/02/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

30/11/2022
0

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti Mynewshub: Telegram Yang di-Pertuan Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd