• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Gigih Banteras Pemerdagangan Manusia

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2017 Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia di Tahap 2 menunjukkan negara itu mengiktiraf usaha membanteras pemerdagangan manusia yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia juga bukti kukuh kepada usaha KDN melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk mengekang jenayah berkaitan pemerdagangan manusia di Malaysia.

“Kita mengambil pengajaran daripada kejadian di Wang Kelian, Perlis pada 2015. Sejak itu, tidak ada lagi laporan mengenai kejadian serupa berlaku di dalam negara.

“Pengiktirafan Amerika Syarikat adalah bukti bahawa kita berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kecemerlangan Kempimpinan Anggota Jawatankuasa Aktiviti Kemas 2018 Parlimen Pulai di Taman Cempaka di sini, hari ini.

Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dalam memastikan Malaysia terus bebas daripada jenayah itu.

Nur Jazlan diminta mengulas gesaan Badan Peguam Malaysia yang mahukan KDN menambah dan meningkatkan kemahiran pasukan siasatan bagi mengenal pasti, menahan dan mendakwa pihak yang terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-72 semalam, Badan Peguam Malaysia turut menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian tiga tahun lepas.

Nur Jazlan berkata perkaraitu tidak perlu dilakukan kerana tindakan sudah pun diambil terhadap pihak terlibat selain tiada lagi kes sama berlaku dalam negara.

Beliau berkata kerajaan Malaysia masih menunggu jawapan kerajaan Thailand berhubung ekstradisi tiga suspek utama kes pemerdagangan etnik Rohingya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penemuan kubur besar di Wang Kelian pada 2015, untuk didakwa di negara ini.

“Malaysia telah mengemukakan permohonan berkenaan sejak dua tahun dahulu melalui Wisma Putra kepada Kementerian Luar Thailand…sehingga hari ini, kita masih menunggu jawapan daripada negara berkenaan,” katanya – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd