• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIWP RM3 Juta Untuk Pusat Pembedahan Katarak

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyerahkan peruntukan tambahan RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang esok.

Ketua Pengawai Eksekutif MAIWP Datuk Pamuzi Yahya berkata langkah itu diambil sebagai melaksanakan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke pusat tersebut.

“Kita telah bincang dengan pusat katarak untuk tahu apakah keperluan bagi tambahan RM3 juta itu dan alhamdulillah, kita sudah dapat maklumat.

“Esok kita akan bermesyuarat untuk meluluskan peruntukan tambahan itu dan kita akan salurkan kepada pusat katarak. Kita akan salurkan terus selepas mesyuarat selesai,” katanya selepas hadir majlis pelepasan Kembara Zakat Wilayah Persekutuan 2018 di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib supaya peruntukan tambahan diberikan bagi membolehkan pusat itu membeli peralatan canggih untuk meningkatkan lagi perkhidmatannya kepada masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Menerusi program kembara itu, Paimuzi berkata MAIWP turut menyampaikan replika cek peruntukan bagi 2018 sebanyak RM197.64 juta melalui beberapa bantuan zakat Baitulmal MAIWP.

Katanya ia terdiri daripada Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM86.86 juta, Bantuan Perubatan RM23.84 juta dan RM86.94 juta pula adalah bagi Bantuan Pendidikan.

Beliau berkata program julung kali itu diadakan bagi memperhebatkan usaha untuk memaklumkan masyarakat tentang inisiatif yang dilaksanakan MAIWP dalam mengagihkan zakat kepada golongan yang memerlukan.

“Kembara ini adalah antara langkah MAIWP untuk mengubah persepsi masyarakat tentang penyaluran zakat,” katanya.

Konvoi yang disertai kenderaan penerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi dan Kelab MAIWP Bikers itu bergerak ke lima kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Katanya lebih 400 penerima di lima kawasan tersebut akan menerima bantuan zakat menerusi kembara itu. – BERNAMA

Tags: katarakMAIWP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

01/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd