• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Ke Blok Bebas Di Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempat duduk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan dipindahkan ke kawasan blok anggota Parlimen Bebas pada mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata keputusan itu diambil setelah mendapat persetujuan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Yang Berhormat Pokok Sena (Mahfuz) memaklumkan kepada Yang Dipertua (Pandikar Amin) bahawa beliau tidak lagi menjadi anggota PAS dan memohon untuk dipindahkan tempat duduk.

“Dan perkara ini (pindah tempat duduk) telah pun mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua dan Yang Dipertua pun telah menetapkan tempat duduk yang baharu kepada Yang Berhormat Pokok Sena bersama-sama dengan kawasan Bebas,” katanya kepada Bernama selepas raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Parlimen ke-13, di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Mahfuz pada 31 Dis lepas mengumumkan keluar daripada PAS selepas 34 tahun bersama parti itu kerana dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, namun belum lagi memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu Roosme berkata raptai pada hari ini berjalan lancar dan persiapan pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 pada Isnin depan telah siap hampir 100 peratus.

Persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 itu akan berlangsung selama 20 hari sehingga 5 April.

Istiadat pembukaan mesyuarat akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 10 pagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd