• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan

oleh
11/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAYAK… Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Berita Palsu.

Gelaran tersebut sesuai diberikan kerana tokoh pembangkang berusia 92 tahun itu masih lagi suka berterusan menyalahkan kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung isu pendaftaran parti berkenaan.

Nur Jazlan berkata, Mahathir sepatutnya perlu sedar apa yang telah dilakukan sehingga UMNO diharamkan pada 1988 ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden UMNO ketika itu.

Ujar beliau lagi, perkara sama dijangka berulang kembali kini apabila PBBM pula gagal didaftarkan setelah pihak ROS mendapat lebih 400 aduan daripada ahli parti itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan organisasi berkenaan.

“Beliau yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan UMNO sendiri pernah dinyahdaftarkan dan terpaksa dibubarkan pada ketika itu kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan ditetapkan.

“(Apabila PBBM gagal didaftarkan) beliau menyalahkan pihak kerajaan dan ROS pula. Banyak fake news (berita palsu) dikatakan oleh Tun (Mahathir) sendiri kata ROS konon bersikap bias (berat sebelah) dan sebagainya.

“Beliau sebenarnya lupa apa dilakukannya sendiri kira-kira 30 tahun lalu,” kata Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai ketika ditemui dalam program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Pada 9 Mac lalu, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim meberi tempoh 30 hari bagi menjawab Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 yang dikemukakan jabatan tersebut kepada PPBM atau pendaftarannya terpaksa dibubarkan.

Langkah tersebut dikatakan antara sebab Pakatan Harapan sehingga kini masih berstatus organisasi haram kerana masalah dalaman PPBM yang juga antara parti komponen blok pembangkang itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd