• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Maafkan Kami” – Staf AirAsia Kempen Cium Beg

oleh AK-47
28/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, beberapa keping gambar menunjukkan kakitangan AirAsia pamerkan rasa sayang kepada bagasi-bagasi penumpang dengan memeluk dan menciumnya tular di laman sosial Facebook.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook, Mohd Amir Izzat, dia memuat naik sekurang-kurangnya 20 gambar pengendali bagasi syarikat penerbangan itu yang mencium bagasi penumpang sambil mempamerkan senyuman

“Wahai beg, tidak kira berapa berat pun kamu, kita akan uruskan dengan ciuman dan perlindungan. Sayang kamu beg,” tulis Amir yang turut dipercayai merupakan salah seorang petugas pengendali bagasi.

Aksi lucu itu dipercayai susulan insiden syarikat penerbangan tambang rendah terbabit yang baru-baru ini dikritik selepas tular video mengenai pekerja di bahagian berkenaan mencampakkan basikal milik penumpang.

Menerusi catatan tersebut juga, dia mengemukakan permohonan maaf bagi mewakili kakitangan-kakitangan yang mengendalikan bagasi susulan insiden sebelum ini, dan berharap pelanggan akan terus menyokong AirAsia.

Status tersebut, yang turut menggunakan hashtag #kissthebag #wearetogetherwithyoutony dan #kamiinsanbiasayangpunyaikelemahan telah mendapat perkongsian lebih 9,600 pengguna Facebook dan rata-ratanya terhibur dengan sikap kakitangan berkenaan yang menerima teguran dan menjadikan ia dalam bentuk jenaka.

Kaitan: Insiden Pekerja Humban Basikal, Tony Mohon Maaf

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berharap ia tidak hanya ‘drama’ dan apa yang lebih penting adalah insiden yang sama tidak berulang pada masa depan.

Apa pun ‘kempen’ kiss the bag yang dilancarkan petugas bagasi AirAsia ini setidaknya membuka mata netizen tentang keprihatinan mereka dalam mengurus bagasi penumpang. Semoga kejadian bagasi rosak dan sebagainya ini tidak akan berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsiabagasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

10/12/2024
0

KAJANG: Bau busuk membongkar penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui di sebelah longkang besar di Taman Cheras Perdana,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd