• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi 3 Menara Telekomunikasi Baharu Di Sik

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Tiga kawasan telah dikenal pasti bagi membina tiga daripada lapan menara telekomunikasi yang baharu di daerah ini seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari pada Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata lokasi itu terletak di Kampung Perangin, Kampung Charuk Tenang dan Kampung Landai.

Beliau berkata lima kawasan bagi pembinaan lima lagi menara telekomunikasi itu sedang dikaji bagi memastikan infrastruktur yang diwujudkan itu mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kerajaan komited untuk memastikan setiap penduduk dapat mengakses internet pada telefon bimbit dan peralatan komunikasi lain…bukan sahaja di Sik, malah di Baling, Padang Terap dan Pendang kita juga beri perhatian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Danglau di sini hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif PKNK Abdul Rahman Abdullah.

Seramai 150 murid tahun satu hingga enam menerima bantuan berupa wang tunai serta beg sekolah sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menerusi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perbadanan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program Negaraku: Menghubung Menyatu (CTU) peringkat negeri di perkarangan Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda dekat sini Ahad lepas, Jailani berkata lapan menara telekomunikasi baharu akan dibina di daerah ini.

Mohd Tajudin berkata kerajaan memperuntukkan RM16 juta untuk membina lapan menara telekomunikasi itu dengan kos permbinaan setiap satu dianggarkan RM2 juta.

“Pada masa ini terdapat 18 menara telekomunikasi di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata usaha kerajaan membina menara telekomunikasi ini diharap dapat meningkatkan capaian internet lebih 85 peratus berbanding ketika ini sekitar 81.6 peratus di kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd