• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Individu Dimasyhur Sebagai Pembesar Selangor

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Lima individu dimasyhurkan sebagai pembesar negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Majlis pemasyhuran ialah bagi Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah dan Datuk Diraja Selangor. Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana iaitu Tengku Musahidin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj dengan gelaran Tengku Seri Perkasa Diraja manakala Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj Syed Anwar Jamalullail Alhaj pula bergelar Engku Panglima Setia Diraja.

Datuk Emran Kadir pula dimasyhurkan sebagai Orang Besar Daerah dengan gelaran Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Petaling manakala Datuk Diraja Selangor dimasyhurkan kepada dua individu iaitu Datuk Mohd Effendi Abdullah yang bergelar Datuk Kurnia Bakti Diraja dan Datuk George Stewart LaBrooy yang bergelar Datuk Setia Pekerti Diraja.

Dalam istiadat tersebut, kelima-lima individu i berkenaan mengangkat sumpah serta menandatangani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniakan keris panjang daripada Sultan Sharafuddin.

Mereka juga perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari mulai hari ini sebelum kembali semula bagi istiadat menjunjung duli.

Tengku Musahidin Shah, 34, merupakan salah seorang pengarah di Syarikat Ropequest Sdn Bhd dan juga anak saudara kepada Sultan Sharafuddin manakala Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj, 34, pula adalah pemegang amanah Yayasan Raja Muda Selangor serta Selangor Youth Community (SAY).

Kedua-dua mereka telah dilantik dan dikurniakan gelaran tersebut oleh Sultan Sharafuddin pada 1 Julai 2016.

Emran, 69, yang memegang jawatan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor dilantik sebagai Orang Besar Daerah Petaling dan dikurniakan gelaran tersebut pada 1 Oktober 2010.

Manakala Mohd Effendi, 56, yang berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif (Pasaran Modal) Sedec Corporate Advisory Services Sdn Bhd dan George Stewart LaBrooy, Pengerusi Kumpulan Syarikat AREA dilantik serta dikurniakan gelaran berkenaan pada 1 Julai 2016.

Keberangkatan keluar Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin dari Balairung Seri sejurus selesai istiadat pemasyhuran disertai tembakan sembilan das meriam sebagai simbol sembilan daerah di negeri Selangor. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd