Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Skuad Renang Paralimpik Azam...

KUALA LUMPUR – Skuad renang paralimpik negara berazam memperbaiki pencapaian tujuh pingat emas...

PM Hadiri Rumah Terbuka...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin...

Rejimen Pakar Pengendalian Air...

KUALA LUMPUR - Anggota skuadron Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (AW) di...

Calon PRU DUN Jelapang...

TAIPING: Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Lelaki Maut Tersepit Kerusi Panggung Wayang

SIAPA sangka kedatangan ke panggung wayang untuk berhibur menonton filem bertukar tragedi apabila kepala seorang lelaki tersepit di kerusi elektrik pawagam tersebut.

Kejadian pelik berkenaan dilaporkan berlaku sebaik sahaja filem sedang ditayangkan di salah sebuah panggung wayang kawasan StarCity, England.

Lapor portal BBC, insiden tersebut berlaku apabila mangsa yang duduk di tempat Gold Class membongkokkan badannya ketika mahu mengambil telefon pintarnya yang terjatuh.

Orang ramai di kawasan tersebut cuba untuk menyelamatkan lelaki terbabit dan terpaksa merosakkan kerusi mewah yang diduduki oleh mangsa.

Pihak ambulans telah dihubungi sekitar jam 7 malam waktu tempatan sebelum membawa mangsa ke Hospital Heartlands Birmingham bagi mendapatkan rawatan.

Anggota Perkhidmatan Ambulans West Midlands berkata, mangsa telah mengalami serangan penyakit jantung.


“Pasukan kami tiba di tempat kejadian dan mendapati mangsa mengalami serangan jantung. Beberapa individu cuba mengenakan CPR ke atas mangsa. Kemudian, pihak kami telah mengambil alih dan cuba merawatnya,” ujarnya.

Mangsa telah disahkan meninggal Jumaat lalu selepas seminggu insiden berlaku.

Insiden berkenaan dimaklumkan pada pihak media semalam setelah kejadian disahkan. Identiti mangsa dirahsiakan dan tidak didedahkan sembarangan kepada mana-mana pihak.

Majlis Bandaraya Birmingham juga telah memulakan siasatan terhadap insiden berkenaan yang mungkin berkaitan dengan faktor kesihatan dan keselamatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori