• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Ditembak Di Sekolah Anggota Geng 08

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lelaki yang mati ditembak di perhentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Serdang dekat sini Khamis lepas, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08.

Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Mazlan Mansor berkata siasatan awal turut menunjukkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah sekitar Serdang, membabitkan anggota kumpulan terbabit.

“Hasil siasatan menunjukkan mangsa dan juga suspek yang menembaknya, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap itu yang mana mereka ini dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita rumuskan motif kejadian sebenar kes ini…kita akan siasat daripada pelbagai sudut dan motif sebenar akan kita ketahui selepas tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau latihan amal pilihan raya umum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada dua lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai latihan amal terbabit, Mazlan berkata ia adalah latihan fasa kedua peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjelang PRU14.

Katanya seramai 16,000 anggota dan pegawai akan ditempatkan di semua daerah di negeri ini bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu.

“Dengan kekuatan anggota ini, kita telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 kelak dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang pilihan raya itu berlangsung,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembakKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

06/07/2025
0

SUNGAI PETANI: Polis menahan isteri kepada seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd