• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Tipu Pembelian Tanah Di Temerloh

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua tuduhan penipuan pembelian tanah melibatkan kerugian bernilai RM11,500, dua tahun lepas.

Tertuduh Mohamed Nordin Mohamed Yusoff, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorida.

Mohamed Nordin dari Kampung Penak Atas, Mentakab dekat sini didakwa memperdayakan Salehudin Ahmad Kadri, 50, pada pukul 9.46 malam, 14 Ogos 2016 di Bank CIMB Maran di sini, untuk mendepositkan wang berjumlah RM1,500 ke dalam akaun miliknya.

Tertuduh juga mengulangi kesalahan itu pada pukul 10 pagi, 19 Ogos 2016 di luar pagar sebuah sekolah agama di Kampung Awah di sini yang menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepadanya.

Wang itu kononnya sebagai urusan deposit pembelian tanah lot bernombor PT4142 Mukim Bangau Padang Lalang Temerloh yang kononnya milik tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh tinggi dan berkulit cerah itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Salam Yusof menawarkan jaminan tidak kurang daripada RM10,000 kepada Mohamed Nordin atas alasan tertuduh masih mempunyai empat kes lain di Temerloh melibatkan mangsa lain.

Peguam Radhiah Hanim Mohd Naim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai seroang ibu dan anak.

Nur Syafiqah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 2 April depan. – BERNAMA

Tags: Kes Penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Malaysia Ke-3 Paling Kurang Bercuti Di Dunia

Next Post

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura Rendah 7 Tahun

Related Posts

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

08/08/2022
0

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta,...

Next Post

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura Rendah 7 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd