• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak Ke Der Kembali, Muka Baru Curi Tumpuan

oleh Haris
30/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIAR pun menampilkan ramai muka baharu dalam pementasan kali ini, Lawak Ke Der 2018 sememangnya tidak mengecewakan penonton-penonton yang hadir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam semalam.

Bagi edisi kali ini, pementasan lawak yang tidak asing lagi di mata ramai ini menampilkan Datuk Afdlin Shauki, kumpulan Shiro, Datuk Zainal Abidin, Gurmit Singh serta Sherry Alhadad dan Shuk sebagai pengacara program tersebut.

Sejak dialog pembukaan oleh Sherry dan Shuk, penonton yang hadir sudah mula terhibur dengan gelagat kedua-dua selebriti yang sememangnya mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri ketika berada di atas pentas.

Sherry Alhadad dan Shuk Sebagai Pengacara Lawak Ke Der 2018.

Gabungan dua pengacara itu juga dilihat serasi dan berjaya menghidupkan pentas serta suasana di dalam panggung itu dengan gelagat spontan yang mencuit hati ramai.

Sepanjang malam, Sherry dan Shuk bijak menggelikan hati penonton dengan lawak-lawak yang diilhamkan dari isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial dan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Persembahan pembukaan dari penghibur pada malam tersebut dimulai dengan penyanyi tersohor negara, Zainal yang turut diiringi gitaris, Sham Kamikaze yang bertindak memainkan muzik latar sepanjang slot penyanyi itu.

Pertama kali tampil di pentas sebagai seorang pelawak, Zainal dilihat agak natural dan mempunyai keyakinan tinggi melawak di atas pentas besar seperti Lawak Ke Der ini.

Datuk Zainal Abidin

Zainal mempersembahkan gaya lawak yang bersahaja dengan cara bercerita berkenaan kisah kehidupannya sejak menjadi seorang artis beberapa dekad lalu serta kisah melucukan yang dilaluinya ketika bersama kumpulan Headwind suatu ketika dulu.

Malah, Zainal juga pandai bermain dengan lawak menggunakan imaginasi yang turut dibantu watak sampingan yang berlakon sebagai pembantu peribadinya sepanjang slot itu.

Pertama kali berdiri sebagai pelawak, Zainal dilihat masih perlu memperkemaskan penyampaian punch-linenya namun tidak dapat dinafikan, dia berjaya membuat penonton terhibur dengan persembahannya.

Persembahan seterusnya menampilkan kumpulan Shiro yang terdiri daripada Ajak dan Shahrol menyaksikan mereka tampil dengan persembahan sketsa menarik yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Seperti yang sinonim dengan kumpulan Shiro sejak dahulu lagi, kedua-dua individu ini memainkan peranan penting dalam persembahan yang ditonjolkan, dengan cara Shahrol menjadi killer kepada lawak yang disampaikan dan Ajak yang sememangnya hebat dalam memastikan penceritaan lawak itu sampai ke penonton.

Kumpulan Shiro

Shiro yang menyampaikan sketsa mereka dengan dua bahagian pada malam itu juga berjaya menghiburkan ramai dengan isu-isu semasa yang dekat dengan hati penonton serta turut mempunyai mesej yang mendalam.

Kemudian, tiba giliran pelawak dari Singapura, Gurmit Singh yang lebih dikenali dengan watak Phua Chu Kang menunjukkan kebolehannya sebagai penghibur yang berkualiti apabila turut menyanyi, menari selain melawak di atas pentas.

Gurmit Singh

Gurmit juga hebat berinteraksi dengan penonton dan lawaknya juga dilihat memerlukan mereka yang hadir untuk menjadi lebih sporting dalam membantu dia menyampaikan lawaknya.

Dalam pada dia melawak, Gurmit juga pada masa sama menghidupkan suasana di dalam panggung berkenaan dengan keletahnya serta turut menunjukkan kebolehannya menyanyi dengan baik dengan menyampaikan dua lagu iaitu When You Say Nothing At All dan juga Stand By Me yang menyaksikan dia memanggil lapan jejaka dari kerusi penonton untuk menjadi penari latarnya.

Gurmit Singh Beriteraksi Bersama Penonton.

Persembahan terakhir pada malam itu akhirnya menampilkan pelawak yang telah terlibat dalam pementasan Lawak Ke Der sejak edisi permulaannya lagi iaitu Afdlin Shauki yang tampil dengan bahan lawak yang segar dan berkualiti.

Dalam edisi yang lalu, Afdlin lebih banyak menggunakan status solo pengarah dan penerbit Lawak Ke Der, Datuk Hans Isaac sebagai bahan lawaknya sekaligus menyebabkan orang ramai menganggap bahawa dia akan menggunakan Hans sebagai asas lawaknya sekali lagi pada edisi ini.

Datuk Afdlin Shauki

Biar pun tetap menjadikan rakan baiknya itu sebagai bahan lawak pada kali ini, Afdlin hanya bercakap mengenai perkara itu buat seketika sebelum beralih ke topik-topik lain yang menjadikan persembahan Afdlin kali ini lebih seronok untuk ditonton.

Momen yang paling menghiburkan penonton adalah apabila Afdlin tampil berpakaian seperti pengasas Apple, Steve Jobs apabila dia kononnya melancarkan telefon pintar terbaharu yang sememangnya kreatif dan menghiburkan semua yang hadir.

Telefon Pintar Terbaharu Ciptaan Afdlin.

Lawak fresh yang ditampilkan Afdlin inilah menjadi antara penyebab anda semua perlu hadir ke Istana Budaya secepat mungkin memandangkan pementasan ini hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Pementasan lawak selama tiga hari bermula malam semalam (Khamis) itu akan diteruskan pada Jumaat dan akan berakhir pada Sabtu ini. Persembahan yang terhad ini menyebabkan anda tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk hadir ke Istana Budaya menyaksikan Lawak Ke Der 2018 bersama keluarga dan rakan-rakan.

Harga tiket bermula dari RM58 hingga RM208, dan boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com atau pun di kaunter tiket Istana Budaya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Istana Budayalawak ke der
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teater Tanjong Dibawa Ke Istana Budaya

06/06/2022
0

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan teater bertajuk Tanjong oleh sekumpulan remaja dan...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd