• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Persempadanan Semula Diserahkan Kepada PM

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata urusan kajian semula tersebut selesai dijalankan hari ini, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113(10) Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan penyerahan laporan akhir ini, bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan persempadanan semula ini selesai sepertimana ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hashim turut merakamkan penghargaan SPR kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan turut serta dalam menyalurkan input serta maklum balas ke atas syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya tersebut.

Dilaporkan, kajian semula persempadanan semula itu tergendala lebih setahun ekoran dicabar di mahkamah melibatkan 15 kes yang difailkan pelbagai pihak.

Permohonan bagi menghalang SPR daripada menjalankan urusan kajian semula itu bagaimanapun ditolak mahkamah. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamad Nafi Tuduhan ADUN DAP Berhubung Keperluan Masyarakat India

Next Post

Mekanik Berdepan Hukuman Lebih Berat Kematian Pelari Maraton

Related Posts

Tempoh Perkhidmatan Pengerusi SPR Dipendekkan

14/06/2018
0

PUTRAJAYA – Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai...

Pengerusi SPR Nafi Hadir Ke Rumah Bekas PM

20/05/2018
0

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana...

Next Post

Mekanik Berdepan Hukuman Lebih Berat Kematian Pelari Maraton

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd