• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar UPUPoket, Jejak Status Permohonan Ke IPT

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan UPUPoket bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa menjejak status permohonan serta semakan di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) secara dalam talian sejak 3 Februari lalu.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd. Nur berkata aplikasi itu amat mudah kerana lebih berkesan berbanding kaedah manual yang digunakan sebelum ini.

Beliau berkata menerusi aplikasi tersebut, pelajar dan ibu bapa dapat mengemas kini tanpa had berkaitan bidang pengkhususan yang mereka pilih sebanyak 12 pilihan.

“Jadi pelajar bukan sekadar boleh mengisi borang UPU, sebaliknya boleh menyemak dan menukar bidang pengkhususan mengikut minat mereka.

“Kita beri peluang untuk pelajar memilih 12 pengkhususan di seluruh institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Namun jika merasakan pilihan tersebut terlalu banyak, pelajar hanya boleh mengisi lima pengkhususan secara minima,” katanya.

Noorul Ainur berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival KPTN Zon Pahang di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang di sini hari ini, yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMP (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Mashitah Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Kamel Mohammad.

Noorul Ainur berkata pelajar juga boleh membuat aduan, menyemak kalender akademik serta program yang ditawarkan menerusi UPUPoket itu, dan jika mempunyai masalah boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

Pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play bagi Android atau muat turun melalui https://upu.mohe.gov.my, katanya.

“Bagaimanapun, aplikasi ini tidak boleh dimuat turun menerusi Applestore (iPhone) kerana ia masih dalam proses pengesahan daripada pihak Apple,” katanya.

Mengenai karnival itu, Noorul Ainur berkata program tersebut merupakan hasrat kerajaan bagi memastikan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi disebarkan kepada masyarakat terutama mereka yang mahu menyambung pengajian.

Beliau berkata mereka boleh bersemuka dengan pegawai pendidikan setiap institusi di karnival berkenaan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kursus ditawarkan, tempoh pengajian serta bantuan kewangan disediakan.

“Kita mahu mereka yang memohon untuk melanjutkan pengajian ini memahami kursus dipilih bagi mengelak berlakunya rungutan ketika sudah memasuki pengajian seperti kursus dipohon tidak sesuai dan sebagainya.

“Pada masa sama, kita juga mahu mereka tahu masalah kewangan bukanlah kekangan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini semua usaha KPT untuk memastikan tiada yang tercicir daripada mendapatkan pendidikan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian Pendidikan TinggiUPU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didakwa Senda Agama, Michael Mohon Maaf

Next Post

Tiada Tempat Boon Heong Dalam Skuad Piala Thomas

Related Posts

Ahli Parlimen Pembangkang Berbaju Melayu Putih Tanda Solidariti Bersama Palestin

Yuran Masuk Universiti Awam Tak Lebih RM1,500

13/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM16.3 bilion bagi Kementerian Pendidikan Tinggi dan bermula Januari 2024, yuran pendaftaran memasuki universiti awam...

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi Ke Türkiye Dan Iran Perkukuh Kerjasma Bidang Pendidikan Tinggi

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi Ke Türkiye Dan Iran Perkukuh Kerjasma Bidang Pendidikan Tinggi

11/10/2023
0

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin selesai melaksanakan lawatan kerja ke luar negara selama lima (5) hari ke...

Next Post

Tiada Tempat Boon Heong Dalam Skuad Piala Thomas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd