• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Johor Sita 422 Telekung Disyaki Tiruan

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 422 helai telekung menggunakan jenama ‘Siti Khadijah’ disyaki tiruan di sebuah rumah kedai di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat Johor Bahru, semalam.

Pengarahnya Khairul Anuar Bachok berkata serbuan pada 12.45 tengah hari itu membabitkan empat anggota penguatkuasa KPDNKK Johor dan dua wakil syarikat pemilik cap dagang Global Trade Shield Sdn Bhd selepas melakukan pemantauan sejak seminggu lepas.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut merupakan tempat menjual telekung yang menggunakan logo ‘Siti Khadijah’ disyaki tiruan secara atas talian (online).

“Kesemua 422 helai telekung tersebut dianggar bernilai RM37,980,” katanya kepada pemberita di stor simpanan KPDNKK Johor di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata siasatan awal mempercayai kesemua telekung itu diperoleh dari Vietnam, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca bekalan telekung terbabit.

Beliau berkata pihaknya percaya telekung itu adalah untuk dijual di dalam negara dan luar Malaysia secara atas talian.

“Hasil pemeriksaan di premis itu, hanya terdapat seorang lelaki rakyat Libya berumur 33 tahun yang merupakan pekerja premis. Kita sedang mengenalpasti majikan dan pemilik premis serta sejauh mana perniagaan itu sudah beroperasi,” katanya.

Katanya telekung terbabit dijual murah antara RM90 dan RM150 sehelai berbanding harga telekung asal sekitar RM225 sehelai.

Kesemua telekung kini disita mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, katanya. – BERNAMA

Tags: telekung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Guna Telekung Jenama Tiruan, Ini Jawab Ustaz!

01/08/2018
0

SELEPAS isu penggunaan barangan tiruan berjenama mewah dalam kalangan selebriti dan Instafamous kecoh di media sosial, timbul pula isu telekung...

Amaran Kepada Penjual Telekung SK Palsu

09/06/2018
0

JUAL 'harga runtuh' serendah 50 peratus hingga 60 peratus berbanding produk tulen. Itu antara taktik sindiket aktif jual telekung jenama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd