• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Jaga Kebajikan Tentera & Keluarga

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perasmian Pangkalan Udara (PU) Sendayan hari ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam menjaga hal ehwal kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini sekali gus menepis dakwaan pembangkang yang sebelum ini menuduh kerajaan tidak mampu menepati janji-janjinya seperti pembinaan dan pembangunan PU Sendayan.

“Jelas hari ini dengan perasmian PU Sendayan, tuduhan-tuduhan sebelum ini bahawa kerajaan tiada duit dan pangkalan tidak akan siap, dapat kita patahkan.

“Janji kita berdasarkan agenda kebajikan untuk keselesaan anggota kita sendiri dan ini merupakan sesuatu yang anggota dan keluarga mereka boleh pegang,” katanya kepada media selepas perasmian PU Sendayan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, berkata pihaknya ada berbincang dengan Mohamad untuk terus membantu anggota dan keluarga tentera seperti dalam aspek pendidikan, perumahan dan sebagainya.

“Apa yang ditetapkan sebagai agenda atau hala tuju Kementerian Pertahanan jika mendapat sokongan kerajaan negeri, ini akan memudahkan kita merealisasikan agenda kita di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan keutamaan pada kebajikan anggota dan keluarga mereka.

“Seramai 2,500 anggota dan keluarga mereka akan mendiami 693 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera di PU ini dan ia akan dilakukan secara berperingkat sehingga lengkap sepenuhnya pada 30 Ogos tahun ini,” katanya.

Hishammuddin berkata kerajaan telah membelanjakan RM2.7 bilion untuk membina lapan PU menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan di antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Selain Sendayan, tujuh lagi ialah Gong Kedak, Butterworth, Kuantan, Subang, Kajang, PDRM Subang dan PDRM Ipoh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinPU Sendayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd