Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Remaja Terkejut Perut Kempis...

PERUTNYA kelihatan begitu sempurna sekali, seperti remaja perempuan lain tapi tiba-tiba dia dikejutkan...

Awas, Gajah Liar Melintas...

GERIK - Pemandangan rimba hijau dan suasana tenang yang menemani pengguna di sebahagian...

Sepasang Kekasih Ditahan Dipercayai...

KOTA TINGGI - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas dadah dipercayai syabu di...

Op Selamat: Polis Sabah...

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengenal pasti 20 kawasan panas yang sering berlaku...

Kim Jong-un Sah Jumpa Xi Jinping

BEIJING – Ketua Korea Utara, Kim Jong-un melakukan lawatan luar negara kali pertama sebagai pemimpin ke China, sekali gus mengesahkan spekulasi kehadiran beliau di negara ini.

Agensi berita rasmi Xinhua hari ini mengesahkan, lawatan berkenaan diadakan sebelum sidang kemuncak antara Seoul dan Washington yang dicadangkan sebelum ini, khusus untuk membincangkan isu program nuklear Pyongyang.

Pada lawatan empat hari bermula Ahad itu, Jong-un mengadakan pertemuan bersama Jinping yang turut menganjurkan majlis sambutan meraikan kehadiran ketua Korea Utara berkenaan bersama isterinya, Ri Sol-ju.

“Saya berjaya mengadakan rundingan bersama Setiausaha Agung, Xi Jinping berkenaan usaha mengembangkan hubungan antara kedua parti dan kedua negara, selain beberapa isu membabitkan hal ehwal dalaman dan usaha mengekalkan keamanan di Semenanjung Korea,” kata Jon-un pada majlis sambutan itu. – BH ONLINE

Kategori