Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Dadah: 2 Rakyat M’sia...

SINGAPURA - Dua rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki menyeludup lebih 9 kilogram dadah...

Kegagalan PH Tunai Janji...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Ponggal Antara Perayaan Paling...

KUALA LUMPUR - Saban tahun, Ponggal, iaitu perayaan yang disambut bagi menzahirkan kesyukuran...

Royalti Minyak 20 Peratus,...

KOTA KINABALU - Tuntutan sebanyak 20 peratus, jika dipenuhi, tidak akan memberi kesan...

Ketulan Ais ‘Muncul’ Lagi Di Puncak Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Formasi ais telah terbentuk di puncak Gunung Kinabalu buat kali kedua tahun ini, susulan suhu di kemuncak gunung tersebut jatuh -2 darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ketulan ais itu ditemui oleh malim gunung bernama Jomius Binte pada sekitar jam 6.30 pagi hari ini, kata Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan.

Lopak-lopak air kecil di puncak tersebut telah diselaputi lapisan ais oleh kerana suhu yang begitu rendah itu. Kejadian sedemikan pertama kali dilaporkan pada 8 Januari lalu.


“Ketulan ais di bahagian lopak kecil itu dianggarkan telah terbentuk sejak hari Isnin.

“Kejadian sebegini bukanlah sesuatu yang normal berlaku di puncak gunung ini, tapi tidaklah mustahil,” tambah Junaydie lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori